LAPORAN :
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI ALAT, GURU DAN PELAJAR
Komputer telah memmbawa revolusi baru kepada semua negara di seluruh dunia. Majalah Time dalam isu pertama pada tahun 1983 menamakan komputer sebagai Machine of the Year (Zoraini, 1991 ). Ini menjelaskan kepada kita bahawa pada zaman teknologi maklumat ini, komputer mempengaruhi dan terdapat dalam semua seKtor kehidupan kita termasuklah sistem pendidikan.
Taylor (1980) mengkategorikan penggunaan komputer kepada tiga komponen, iaitu komputer sebagai alat,komputer sebagai guru, komputer sebagai pelajar. Penggunaan komputer sebagai alat untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan peribadi ataupun untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah selari dengan perkembangan terkini dalam penggunaan komputer dalam pendidikan, iaitu komputer merentasi kurikulum. Teknologi komputer perlu merentasi kurikuluk untuk memudahkan pembelajaran dalam pelbagai bidang ( Zoraini 1991)
. Komputer sebagai guru adalah dimana komputer berperanan menyampaikan pengajaran yang telah diprogramkan. Pelajar berinteraksi dengan komputer dalam bentuk tutorial di mana dapat merekod dan mengurus kemajuan pelajar. Kebanyakan bahan atau perisian kursus multimedia yang terdapat sekarang menggunkan komputer sebagai guru. Bahan atau perisian kursus ini dapa dikelaskan kepada beberapa jenis seperti latih tubi, tunjuk ajar, tutorial dan simulasi. Penggunaan komputer untuk meiningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dikenali sebaga Pengajaran Berbantukan Komputer ( PBK) atau computer Assisted Intruction (CAI) atau Computer Assisted Learning (CAL).
Komputer sebagai pelajar pula merujuk kepada pengguna, iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer. Koputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna, sebaliknya pengguna yang mengawal komputer. Sebagai alat, komputer boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat, cekap dan berkesa. Perisian-perisian aplikasi seperti pangkalan data, hamparan elektronik dan pemprosesan perkataan adalah antara yang paling kerap digunakan di sekolah-sekolah di Britain dan Amerika Syarikat. Perisian jenis ini membolehkan komputer berfungsi sebagai alat yang memudahkan kerja manusia.